Wednesday 17 September 2014

BERJAYA


                    Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya, kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. Setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai. oleh itu, pada post saya kali ini saya berkongsi sedikit maklumat bagaimana kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan.
              
                                      
                                                

                        Anda memerlukan pemikiran  jika mahu berjaya. Anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda. Tidak cukup semata-mata anda belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini, Kajayaan anda akin tercapai dengan lebih lancar dan mudah. Sebenarnya, tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda ‘’ dalam minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan pula adalah apa yang bakal anda peroleh. Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya ialah menerusi proses yang dikenali sebagai membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara anda yang selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta menghindarinya daripada pengalaman negatif dan kegagalan. Cara ini boleh membawa anda maju dalam kehidupan dan melaksanakan banyak perkara yang mungkin tidak pernah anda lakukan. Sesungguhnya orang yang enggan mengubah minda adalah orang yang degil dan tidak bernyawa!!!

           Oleh itu, terdapat beberapa tips yang boleh saya kongsikan untuk menjadi seorang yang BERJAYA. Tips yang pertama ialah jangan stres. Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung! Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

           Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana meraka stress apabila melakukan sesuatu kerja itu. Tips untuk menghilangkan stres ialah perbanyakkan doa dan berzikir. Tips yang kedua ialah kekalkan motivasi diri. Kebiasaanya, anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda? Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu. Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang. Motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan.

              Tips yang ketiga ialah merancang masa depan anda sekarang. Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup. Tips yang keempat ialah jangan sombong bertanya. Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang selesa dan hebat, mereka malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya! Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan. Terdapat juga individu yang merasakan dirinya amat rendah dan malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu adalah soalan bodoh. Akhirnya, mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya gagal mencapai cita-cita. Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu dan kembangkannya dan aplikasikan pada diri anda. Jangan malu untuk bertanya kerana malu bertanya, anda yang rugi. Bak kata pepatah, “ malu bertanya, sesat jalan.! “

                Tips yang kelima ialah pengurusan masa anda. Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa.” Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya. Dengan ini pengurusan masa hendaklah di ambil kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu? Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.

                 Akhir kalam, Apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha tanpa kenal erti penat lelah. Usaha , Doa dan Tawakal.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. “ Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi seminary kita tak mahu, kita ada sejuta alasan”.

                                                            

No comments:

Post a Comment