Friday 19 September 2014

GURU


           Berbanggalah dengan tugas yang anda bakal atau sedang pikul ini, kerana terkandung nilai yang sangat besar di dalamnya jika anda benar-benar mahu mengerti. Jangan menyesal kerana memilih kerja ini dan jangan berputus asa dengan cabaran yang bakal anda lalui kelak. Dan apa yang lebih penting lagi, jagalah nama baik kerjaya ini kerana masyarakat sangat jarang melihat kepada kebaikan yang banyak, sebaliknya mereka senang membesarkan kesilapan yang sedikit. 


               Di waktu yang sama, guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti megamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka. Besar tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Guru perlu melatih diri mulai saat ini untuk mengenepikan sikap marah yang sememangnya menjadi suatu penyakit bagi sesetengah individu.

               Oleh itu, berbanggalah dengan tugas yang anda bakal atau sedang pikul ini, kerana terkandung nilai yang sangat besar di dalamnya jika anda benar-benar mahu mengerti. Jangan menyesal kerana memilih kerja ini dan jangan berputus asa dengan cabaran yang bakal anda lalui kelak. Dan apa yang lebih penting lagi, jagalah nama baik kerjaya ini kerana masyarakat sangat jarang melihat kepada kebaikan yang banyak, sebaliknya mereka senang membesarkan kesilapan yang sedikit. 

                 




No comments:

Post a Comment